Kamis, 15 November 2012

Resepi Mudah : Tosai


Bahan-bahan (untuk 10 keping tosai)

2 cwn beras -rendam 8 jam
1 cwn aluthu - rendam 8 jam
1 kepal nasi
sedikit garam
minyak masak
1/2 labu bawang besar


Cara-cara penyediaan

1.Kisar semua bahan dengan blander hingga halus. Masukkan sedikit air semasa blender. Air agak-agak padan dengan bahan-bahan yang hendak dikisar. Kadar kecairan adunan seperti membuat apam tapai.
2. Masukkan garam dan kacau rata
3. Peram adunan kira-kira 8 jam supaya adunan naik
4. Celup bawang dengan minyak dan sapu atas kuali rata atau non stick pan.
5. Kacau adunan tadi. Ambil lebih kurang 1 cawan atau 1 senduk adunan dan rata-ratakan atas kuali anda. 6. Masak dengan api perlahan atau sederhana.



Tidak ada komentar:

Posting Komentar