Melalui proses pengajaran dan pembelajaran, murid akan belajar pelbagai kemahiran sebagai contohnya melalui Tunjang Komunikasi , murid juga diajarkan kemahiran dalam bidang lain seperti tunjang Kemanusiaan , penerapan nilai, fizikal dan kesihatan serta boleh juga dikaitkan dengan kreativiti dan estetika. Oleh yang demikian, saya telah memilih untuk menjawab soalan satu iaitu penterjemahan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran opsyen. Saya juga memilih tema Negara Saya dibawah Tunjang Kemanusiaan.
Berdasarkan Kurikulum standard Prasekolah Kebangsaan, kanak-kanak yang berumur empat hingga enam tahun perlu menguasai dan boleh menguasai standard kandungan dan standard pembelajaran yang ditetapkan . Standard kandungan dan standard pembelajaran adalah berpaksikan kepada pengetahuan, kemahiran serta nilai yang terkandung dalam enam tunjang utama pendidikan Prasekolah iaitu Tunjang Komunikasi, Tunjang kerohanian, Sikap dan nilai, Tunjang kemanusian , Tunjang Sains dan Teknologi, Tunjang perkembangan Fizikal dan Estetika serta Tunjang Perkembangan Ketrampilan diri. Keenam-enam tunjang tersebut telah disesuaikan berdasarkan kesinambungan dengan tunjang yang difokuskan dalam pendidikan sekolah rendah.
Kurikulum Standard Prasekolah
Saya memilih untuk menyampaikan tajuk dibawah Tunjang Kemanusian. Tunjang Kemanusiaan merupakan Modul Bertema dalam pendidikan Prasekolah. Modul bertema merupakan modul bersepadu yang merangkumi unsur-unsur dalam keenam-enam tunjang dan juga unsur kreatif, kritis dan enovatif. Modul bertema dibina menggunakan isu kehidupan seharian kanak-kanak.
Tunjang kemanusiaan
Selepas mengikuti aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan tunjang kemanusiaan, murid akan lebih memahami diri sendiri, hubungan antara diri, dengan keluarga, rakan, komuniti, dan alam semulajadi. Murid juga akan menyedari tanggungjawab diri dalam perhubungan-perhubungan ini dan seterusnya melaksanakan tanggungjawab ini. Pada masa yang sama, murid akan lebih memahami budaya dan tradisi pelbagai kaum di Malaysia dan seterusnya melibatkan diri dalam aktiviti dan perayaan komuniti pelbagai kaum.
- Standard Kurikulum Prasekolah Kebangsaan-
Tidak ada komentar:
Posting Komentar