Bahan bahan
2 biji telur
1 biji kelapa parut
½ kg tepung gandum
2 ketul gula Melaka
3 helai daun pandan
Sedikit pewarna hijau
Secubit garam dan gula
Cara membuat inti
1. Hancurkan gula Melaka.
2. Masak gula Melaka bersama kelapa parut.
3. Masak sehingga gula larut dan kelapa kering.
4. Masukkan sedikit garam.
Cara membuat adunan tepung
1. Pukul telur bersama tepung. Letakkan sedikit pewarna hijau.
2. Masukkan sedikit garam. Kacau sehingga sebati.
Langkah penyediaan kuih dadar
1. Lengserkan sedikit minyak menggunakan daun pandan keatas permukaan kuali.
2. Canai satu adunan tepung diatas kuali. Biarkan sehingga masak dengan menggunakan api kecil.
3. Angkat tepung yang telah dimasak , letakkan diatas pinggan leper.
4. Letakkan sesudu inti diatas tepung
5. Gulung tepung dengan kemas.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar